25 Nov 2014

Seuntai doa


Air mata telah pun mengering
Tatap sendu penuh harap
mata ini telah jua kehilangan cahaya

Aku buta

Sedu sedan ku telah menjadi batu
menggumpal di dadaku dalam diam

Aku tuli

Sumpah serapah ku telah pula terbang
ditiup angin keangkuhan

Aku bisu

Aku lelah melambai
menggapai
mengejar... bayanganmu cinta

Aku lumpuh

Seperti kamu telah tahu

Yang kupunya hanya seuntai doa
Untukmu... cintaku

toe
Pisangan selepas Asyar 251114